Karier FML (kumpulan)

FML merupakan hasil gabungan nama Fahimi dan Mal serta nama mereka pernah menjadi kontroversi kerana membawa maksud lain dalam urban dictionary. Mereka berdua mula rapat setelah bertukar nombor antara satu sama lain kerana mengagumi bakat dan suara dalam bidang musik bahkan menghasilkan beberapa cover sebelum mendapat perhatian Faizal Tahir [1].

Bagi single Sinar, FML telah terlibat dalam projek JOOX iaitu JOOX Originals bersama Faizal Tahir sebagai Super Producer [2].

FML juga bernaung di bawah syarikat rakaman Faizal Tahir iaitu Faithful Music dan mereka juga pernah mengeluarkan single Payung Terjun bersama Faizal Tahir pada 24 Julai 2020 [3].